Minggu, 01 Januari 2012

CARA MEMBUAT LASAGNA


Makan ala Itali malam ni yer ! Nak tahu macamana nak buat Lasagna ? Jom kita main masak masak kat dapur = )  Lasagna ni sebutan dalam bahasa melayunya "Lazaniaaa" Rasa Lazagna ni memang sodap, cheesy, sphagettry, burgery, pizzarry ! (aku  tak tahu la camne nak explain rasa dia, agak agak korang faham tak ? )

 Pernah makan Lazagna ? Mahal woo sepotong !


Wikipedia : Lasagna adalah hidangan casserole pasta klasik Itali yang terdiri dari lapisan pasta, keju, sos, dan bahan bahan lain.


Hihi, ni kalau kat luar...harga Lasagna ni boleh mencecah RM10 - RM15 sepotong ! So, kalau korang mengidam nak makan sangat, buat sendiri kat rumah !


1. Keju Philadelphia (atau apa apa jenis cheese untuk masak tu), 2. Lasagna Sheets (kotak warna merah tu), 3. Daging Ayam Kisar, 4. Mushrooms @ cendawan.
5. Lobak @ carrot, 6. HL Milk @ susu kotak laen ikut citarasa korang, 7. Bolognese kimball, 8. Tepung gandum
 Yang ni kitorang buat sebagai tambahan jer, sebagai alternatif lain boleh juga ambil burger biasa dan hancur hancurkan dia.

 

9. Hiris carrot, cendawan, bawang besar, bawang kecik, ok lepas tu panaskan periuk.


10. Rebus Lasagna Sheets tu sampai lembut, lepas tu tos kan,  
11. Ok, sekarang kita buat kuah Sphagetti pulak. Tumis bawang yang dihiris tadi dalam periuk yang korang panaskan tadi.


12. Ok, tumis macam biasa sampai kuning keemasan. Lepas tu masukkan Bolognese Kimball tadi.


13. Masukkan daging ayam kisar, gaulkan. 14. Last sekali masukkan Serbuk Daun Origano.
Sila pastikan kuah sphagetti korang tu tak cair, dan tak banyak kuah.


Selepas buat Kuah Sphagetti tu, sila sediakan Oven dengan kepanasan 180 degree.


14. Ok, sementara tunggu Oven panas, kita buat Kuah Cheese pulak.
15. Panaskan periuk dengan minyak, masukkan sedikit tepung, dan gaulkan dengan minyak panas tu.


16. Tunggu sampai tepung tu kuning sikit, pastu masukkan susu HL Milk dan potongan cheese. Kacau, siap dah Kuah Cheese !


17. Sediakan sebuah Bekas Casserole yang saiz besar dan leper, pastikan bekas tu boleh tahan Oven 18. Lapisan pertama : Alaskan Bekas Casserole dengan Lasagna Sheets yang korang dah rebus dan tos tadi.
19. Lapisan kedua : Letakkan kuah sphagetti sebagai lapisan kedua. Lapisan tu tak perlu tebal sangat.
20. Lapisan ketiga : Letakkan kuah cheese sebagai lapisan ketiga.


21. Buat lagi lapisan tu...


22. Ulang buat lapisan lapisan tadi sampai cukup penuh Bekas Casserole.Ok, dah siap !


23. Dah siap buat semua lapisan tu, masukkan dalam Oven. Biarkan sampai 15 - 30 minit, tunggu sampai lapisan atas Lasagna nampak kuning keemasan.


24. Hah, dah siap pun. Tapi nampak macam belum cukup garing untuk dimakan, so biarkan beberapa minit lagi dalam Oven tu.


25. Tada !! Dah siap da Lasagna yang paling sodap di dunia.


26. Potong Lasagna .. ready to eat = )


Nak tau sedap ke tak ? Tanya perut aku hahahaha = ) Dah tentu la sodap !!



Sebenarnya, aku tak pernah makan Lasagna ni kat luar, makan kat rumah jer. Ini resepi yang kakak aku dapat internet, dan kitorang cuba sendiri kat rumah. Dah beberapa kali dah buat Lasagna ni, memang sedap tahan satu hari makan benda ni jer. Sesuai untuk penggemar makanan cheese dan sphagetti. 
 
SUMBER  : http://www.silampuneon.com/2010/12/cara-buat-lasagna.html

Tidak ada komentar:

Posting Komentar